suka akan lagu ini

Thursday 12 July 2012

Resah

semakin dekat hari nak due nii... aku semakin resah...takut2 kalau ini adalah pengakhiran hidupku... kata orang nak melahirkan anak ni antara hidup dan mati... bila di serang ngan pelbagai masalah... mati lagi bagus... tapi bila fikirkan anak..aku jadi takut...apa akan berlaku pada mereka andai kata aku di jemput ilahi... terutamanya anak perempuan ku chacha... rapat dia hanya pada ku... andainya semua ini menjadi kenyataan...dapat kah dia menerima... bagaimanakah kehidupan chacha selepas ini... Ya Allah...takut aku fikirkannya... apapun aku berserah... aku tahu Allah sudah menyediakan yang terbaik buat anak-anakku... buat anak-anak ibu... kiranya ibu dijemput Allah... kalian jaga diri yea... pastikan hidup di penuhi ngan iman dan takwa... buat suami tercinta... wasiat ku pada mu... anak2 harus diisi ngan keimanan... ilmu dunia dan akhirat... adik baby ibu nak babah amanat kan pada pak uda... suruh dia jaga adik baby seperti anaknya sendiri... aidil ngan aisyah... biar mak jaga... babah boleh jaga kedai... andai sampai jodoh buat babah... ibu tak mahu anak2 ikut babah... biarlah dia ngan atok dan neneknya... anak sendiri susah nak jaga ni kan pulak anak orang... paham2 lah yea... dan yang paling penting...wasiatkan pada anak-anak ibu... jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu... buat bekalan ibu di sana... ibu sayang keluarga ibu... Ya Allah kau peliharan lah mereka yang ku sayang... andai semua ini berlaku... ni lah wasiat terakhir ibu... love u all...


Tuesday 10 July 2012

aku pasti akan melupakan mu


(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.

- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.

- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.

- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.

- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.

- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.

- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.

Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.

“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.

Friday 6 July 2012

sayang

dalam diam aku terguris lagi.. tapi tak per laa... akan aku jadikan menda2 ni menda biasa... menyampah memang lah menyampah... tapi nak buat cam ner... kena sabo... kalau sampai kesabar tu hilang... jangan salahkan aku apa yang aku buat... nekad aku kalau dah keterlaluan... apapun menda ni dapat mengubah sikit kecemburuan yang bersarang di hati ini.. Ya Allah kuatkan hamba mu ini....


Friday 29 June 2012

tersasul

perkataan yang tersalah sebut kekadang akan jadi satu bahan jenaka... tapi bila panggilan yang selalu tersasul bukan tak sangaja namanya.. tapi kebenaran ada di dalamnya... entah laa... aku harap aku salah... perasaan aku jer... tapi kalau semua tu menunjukan kebenaran... apa tindakan yang harus aku buat... hmmm semakin dekat hari kelahiran anak ke 3 ku.. makin kuat lak ujian untuk aku... penat sebenarnya nak pujuk hati ini.. tapi terpaksa..kerana SAYANG... Ya Allah hambamu akan mengharungi ujian ini sekuat mungkin... semoga aku dapat melepasi semua ini...amin..


Saturday 16 June 2012

sakit

makin dekat due date ni..makin lak cabaran aku alami.. jaga kedai sesorang... en suami banyak lak keje kat kl... hmm... ikut diri memang tak kuat.. tapi terpaksa... duit punya pasai kan... adeh.. kaki bengkak... nak jalan pun dah tak rasa... tangan lak selalu kebas2... simptom2 hari untuk melahirkan makin dekat...


Sunday 3 June 2012

akhirnya...semua jelas

selama ini aku cuba menafikan...menidakkan... memberi kepercayaan... rupanya semua silap... memang...memang dia takkan berubah... letak lah usia berapa pun.. memang takkan berubah.. akhirnya...aku juga yang sakit... kesetiaan, kejujuran aku di balas dengan kecurangan... apa dosa aku sampai aku di buat begini.. tak cukup kah apa yang aku beri selama ini.. mungkin ini balasan doa lampau ku... kiranya ini lah cara penghapus dosa ku.. aku redho Ya Allah...cuma aku bermohon Ya Allah.. sekiranya hamba mu ini lemah di tengah jalan,,, tolong naikkan semula semangannya... jangan buat ku berputus asa... demi untuk anak2 ku... kau kuat kan lah aku... aku kena kuat...aku kena tabah.. apapun terjadi... anak2 adalah hidup aku... Nizawati mohd ajis... kau kena kuat... macam kata arwah abah... "anak abah semua kuat" ya aku kena kuat...

begini lah yang aku rasa sekarang...... 

Saturday 26 May 2012

chacha masuk spital

24 mei 2012, anak ku chacha di tahan di dalam wad.. sebab semput, peparu ada kuman dan juga demam yang agak tinggi, hmm pertama kali masuk wad..chacha terpinga2..tak leh tido, mengomel sendiri,bahasa apapun aku tak paham... lama-lama dapat sesuaikan diri.. tido..makan ubat,kena masuk ubat, berbaik ngan nurse.. hmm..alhamdulilah semakin pulih... 2 ari sahaja chacha dia tahan dia wad, oleh kerana nak balik cepat apa ubat yang nurse bagi di telan juga walaupun pahit.. kalau kat umah kompem tak nak minum..huhuhu.. tapi sedih melihat chacha..asyik bertanya babah dia mana... hmmm aku pun dah abis fikir nak bagi ayat apa lagi kat chacha... bila nampak babah kekawan dia datang..mula lah dia bertanya babah tak datang ker? tak sayang chacha ker? adoi...kesian2.,sabar lah anak ku.. kalau babah takde..bubu akan sentiasa ada di sisi chacha..percaya laa... hidup mati bubu hanya untuk Allah dah anak2 bubu... kalau babah tak sayang sekali pun..bubu tetap sayang anak2 bubu..walaupun anak2 bubu nakal2 kan.. tak per..bubu layan...hmm...

keletihan sebab memanjat katil bagaikan tarzan kota... chacha..sakit2 pun...tetap aktif... semoga cepat sembuh yer sayang...