suka akan lagu ini

Thursday, 12 July 2012

Resah

semakin dekat hari nak due nii... aku semakin resah...takut2 kalau ini adalah pengakhiran hidupku... kata orang nak melahirkan anak ni antara hidup dan mati... bila di serang ngan pelbagai masalah... mati lagi bagus... tapi bila fikirkan anak..aku jadi takut...apa akan berlaku pada mereka andai kata aku di jemput ilahi... terutamanya anak perempuan ku chacha... rapat dia hanya pada ku... andainya semua ini menjadi kenyataan...dapat kah dia menerima... bagaimanakah kehidupan chacha selepas ini... Ya Allah...takut aku fikirkannya... apapun aku berserah... aku tahu Allah sudah menyediakan yang terbaik buat anak-anakku... buat anak-anak ibu... kiranya ibu dijemput Allah... kalian jaga diri yea... pastikan hidup di penuhi ngan iman dan takwa... buat suami tercinta... wasiat ku pada mu... anak2 harus diisi ngan keimanan... ilmu dunia dan akhirat... adik baby ibu nak babah amanat kan pada pak uda... suruh dia jaga adik baby seperti anaknya sendiri... aidil ngan aisyah... biar mak jaga... babah boleh jaga kedai... andai sampai jodoh buat babah... ibu tak mahu anak2 ikut babah... biarlah dia ngan atok dan neneknya... anak sendiri susah nak jaga ni kan pulak anak orang... paham2 lah yea... dan yang paling penting...wasiatkan pada anak-anak ibu... jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu... buat bekalan ibu di sana... ibu sayang keluarga ibu... Ya Allah kau peliharan lah mereka yang ku sayang... andai semua ini berlaku... ni lah wasiat terakhir ibu... love u all...


Tuesday, 10 July 2012

aku pasti akan melupakan mu


(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.

- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.

- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.

- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.

- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.

- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.

- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.

Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.

“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.

Friday, 6 July 2012

sayang

dalam diam aku terguris lagi.. tapi tak per laa... akan aku jadikan menda2 ni menda biasa... menyampah memang lah menyampah... tapi nak buat cam ner... kena sabo... kalau sampai kesabar tu hilang... jangan salahkan aku apa yang aku buat... nekad aku kalau dah keterlaluan... apapun menda ni dapat mengubah sikit kecemburuan yang bersarang di hati ini.. Ya Allah kuatkan hamba mu ini....